top of page

KENALI KAMI

 

HALAL COACH CONSULTING (HCC) bersedia membantu usahawan IKS tempatan di Malaysia yang berhasrat untuk mendapatkan pensijilan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM Malaysia. Peranan kami adalah membantu anda untuk menguasai aplikasi penggunaan sistem e-halal dan seterusnya mendapatkan pensijilan halal. 

 

Sistem pensijilan halal Malaysia merupakan sistem yang bertaraf dunia dan diperakui dan dipercayai oleh kebanyakan negara-negara eropah. Pengesahan sijil halal Malaysia bukan sahaja bererti sesuatu produk atau syarikat mendapat pengensahan halal kerana bahan mentah cukup syarat halal, ia juga merangkumi aspek kebersihan secara menyeluruh dari proses pengeluaran, proses logistik dan proses penjualan kepada pengguna. Segalanya mestilah patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Ini lah dia satu sistem yang disebut Halalan Toyyiba yang membawa maksud Halal lagi Bersih.

Mahani A.

Founder & Co-Director

 

Kepakaran di dalam bidang prosedur dan pensijilan halal, sistem e-halal online, audit halal, keusahawanan dan pemasaran.

Hairunnisak J.

Business Advisor

 

Kepakaran di dalam bidang prosedur pensijilan halal, sistem e-halal online, audit halal dan keusahawanan trading.

Noor Azwani R.

Team Leader​

 

Kepakaran di dalam bidang teknologi makanan, prosedur halal, audit halal dan sistem e-halal online.

Mohd Aizat J.

Chief Advisor

 

Kepakaran di dalam bidang syariah, prinsip halal dan audit berkaitan halal.

bottom of page